Pengenalan

Yayasan Amanah Tok Kenali

Sejarah Penubuhan

Yayasan Amanah Tok Kenali

Penubuhan Tabung Warisan Negeri telah pun dipersetujui oleh Kerajaan Negeri melalui Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Bil 19/750/92(33) sebagai tabung khas mengumpul sebahagian perolehan daripada sumber alam negeri dan dipergunakan semula untuk kepentingan rakyat Kelantan. Ia mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 1992 menerusi Enakmen No. 8 Tahun 1992.

Secara khususnya, tabung ini ditubuhkan untuk membolehkan diterima daripada Tenaga Nasional Kerajaan Negeri menabung sebahagian wang pampasan yang Berhad (TNB) hasil daripada pelaksanaan Projek Hidroelektrik Pergau di Jeli.

Mengikut Bahagian 6 Enakmen 14, sejumlah wang tidak kurang daripada 10% daripada wang pampasan yang diterima
daripada Tenaga Nasional Berhad di bawah Perjanjian Projek Hidroelektrik Pergau hendaklah dibayar ke dalam akaun amanah yayasan.

Kini, Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) Negeri Kelantan adalah kesinambungan Tabung Amanah Tok Kenali (TATOK).
la telah ditubuhkan melalui Persidangan Kali Yang Ketiga Bagi Tempoh Penggal Yang Ketiga Dewan Negeri Kelantan Ketiga belas 2015 dan ia mula berkuat kuasa pada 26 Mei 2016 melalui subseksyen 1(2) Enakmen Yayasan Amanah Tok Kenali Negeri Kelantan 2015 (Enakmen 14) selepas mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri yang disiarkan di dalam Warta.

Matlamat Penubuhan

Yayasan Amanah Tok Kenali
  • Menjalankan program pembangunan ummah bagi meningkatkan dan melahirkan insan yang bertaqwa selaras Dasar Membangun Bersama Islam
  • Membantu dan menolong rakyat Negeri Kelantan yang cemerlang dalam pendidikan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana atau peringkat yang lebih tinggi di institusi pengajian tinggi di dalam Negara atau di luar Negara.
  • Memberi bantuan pendidikan dan kebajikan kepada seluruh rakyat Kelantan bagi meningkatkan taraf pendidikan dan kehidupan masyarakat

Tujuan Penubuhan

Yayasan Amanah Tok Kenali

Tujuan utama penubuhan Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) Negeri Kelantan adalah bagi melaksanakan Program Bina Ummah (PBU) untuk dimanfaatkan kepada seluruh rakyat Negeri Kelantan Darul Naim.

Teguklah kesabaran. Jika kesabaran membunuhmu maka dia membunuhmu dalam keadaan dirimu mati syahid. Dan jika kesabaran itu membuatmu tetap hidup maka dia membuatmu tetap hidup dalam keadaan mulia

- Ibnu Qayyim

Kenali Ahli Lembaga Pengarah

Yayasan Amanah Tok Kenali
Yayasan Amanah Tok Kenali
  • Syabab Point, Aras 1,
    Lot 261, Jalan Sultanah Zainab,
    Seksyen 15, 15050
    Kota Bharu Kelantan.
  • ytkkelantan@gmail.com
  • Tel : 09-7414993
  • Faks : 09-7414990
Yayasan Amanah Tok Kenali
  • Syabab Point, Aras 1,
    Lot 261, Jalan Sultanah Zainab,
    Seksyen 15, 15050
    Kota Bharu Kelantan.
  • ytkkelantan@gmail.com
  • Tel : 09-7414993
  • Faks : 09-7414990
× Perlukan Bantuan? Available from 08:00 to 17:00 Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday