sasaran, Metodologi & Strategi

program bina Ummah (PBU)

Sasaran PBU

Sasaran peserta untuk PBU adalah meliputi semua rakyat Kelantan yang berumur 15 tahun ke atas tanpa mengira pangkat dan kedudukan dalam masyarakat iaiut: 

STARTEGI

Program Bina Ummah (PBU)

01

Sistem Hidup

Perubahan sikap, pembangunan sahsiah & penghayatan budaya hidup yang cemerlang berteraskan sistem hidup Islam.

02

Perubahan sahsiah

Kesedaran dan keinsafan rakyat tentang betapa perlunya perubahan sikap melalui penghayatan dan pembudayaan diri ke arah perubahan sahsiah sebagai asas kecemerlangan Islam.

03

Islam

Penghayatan kehidupan berteraskan Islam, kesedaran terhadap kewajipan yang meresapi seterusnya menembusi ke tahap kesyumulan kendiri, keluarga, organisasi, masyarakat dan negeri/negara.

Metodologi Program

  • Program yang akan dijalankan ialah latihan secara bermodul di mana aktiviti pengajaran dan pembelajaran disusun dalam satu pakej. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan mengikut urutan yang telah disediakan.
  • Metodologi modul dibahagikan kepada beberapa kursus. Setiap kursu mempunyai objektif untuk dicapai. Pencapaian setiap satu  objektif itu adalah melalui sesuatu kursus dan aktiviti pembelajaran yang dijalankan.
  • Latihan secara bermodul ini memerlukan peserta mengisi helaian kerja, berbincang secara kumpulan, bersoal jawab, membaca nota-nota bacaan dan juga menyelesaikan kajian-kajian kes.
  • Kejayaan latihan modul ini boleh dicapai jika peserta melibatkan diri secara aktif dalam semua tugasan yang diberi.
  • Latihan yang dijalankan secara bermodul ini menggunakan kadeah “experiential learning” iaitu pengalaman hidup sangat penting dalam pelaksanaan setiap aktiviti.
  • Lebih aktif penglibatan peserta dalam aktiviti yang diatur, lebih banyak kesan positif yang akan diperolehi.
  • Latihan bermodul ini lebih tertumpu kepada penglibatan peserta dan tidak tertumpu kepada ceramah dan tazkirah sahaja.