Program Ziarah Mahabbah Pondok Kelantan telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Panglima Perang, Ustaz Dato’ Hj. Mohd Nassuruddin Bin Hj. Daud, Menteri Besar Kelantan. Program ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan institusi pondok yang sekian lama memainkan peranan penting dalam pembangunan pendidikan Islam dan pembinaan ummah.

Tarikh: 15 Jun 2026 / 29 Zulhijjah 1447H (Isnin)
Masa: 2.00 petang – 4.30 petang
Tempat: Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumboh
Ramai guru pondok, pelajar pondok dan ahli qariah hadir bagi memeriahkan program ini dan bersama-sama meraih keberkatan majlis.
#ytkkelantan #ziarahmahabbahpondok

