Program Bina Ummah (PBU)

Yayasan Amanah Tok Kenali

Tujuan Penubuhan PBU

Pelaksanaannya kepada seluruh rakyat Kelantan demi untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan Islam dengan syumul selari dengan konsep Membangun Bersama Islam yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan

RASIONAL
MATLAMAT
OBJEKTIF
PROGRAM
STRATEGI

Rasional PBU

  1. Kalau kita teliti matlamat Kerajaan Darul Naim yang ingin membina masyarakat yang bertaqwa dan bermaklumat selaras dengan mottonya “Membangun Bersama Islam”, ianya jelas kepada kita bahawa wawasan ini mencakupi perkara-perkara yang berkaitan dengan menegak, mengembangkan dan memperjuangkan cita-cita Islamiah sesuai dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.
  2. Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim menyedari bahawa pembinaan ummah dalam erti yang sebenarnya adalah suatu perjuangan besar dan hanya boleh dicapai sekiranya mendapat penggemblengan  tenaga dan kerjasama daripada pelbagai pihak.
  3. Pelaksanaan Islam dalam bidang undang-undang dan bidang yang lain merupakan tuntuan Al-Quran dan As-Sunnah yang tidak boleh di tolak ansur. Dalam menuju kesempurnaan, tuntutan itu mestilah dipenuhi dengan menggunakan semaksimum kemampuan dalam kadar  yang dapat dilaksanakan sekalipun belum sampai kepada tahap yang sepenuhnya.
  4. Pembangunan yang menjadai asas ialah pembangunan insan seutuhnya. Dengan pembangunan insan akan terbinalah pembangunan material. Bertolak dari asas ini, pembangunan yang dimaksudkan itu ialah pembangunan yang sepadu iaitu material dan spiritual secara serentak. Oleh itu kestabilan masyarakat dan pembangunan material bergantung kepada kemampuan  manusia dalam membangun dan menjaga sesuatu perkara yang diamanahkan.
  5. Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim mengambil perhatian yang serius terhadap pengislahan masyarakat. Pengislahan itu dilihat dalam perspektif Islam di mana program islah  itu hendaklah memberi pengisian kejiwaan dan kebendaan secara serentak. Pendidikan dan ekonomi golongan yang terbiar dalam masyarakat perlu diselesaikan secara amali dan berkesan.
  6. Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim amat mengambil kira bahawa perpaduan ummah merupakan suatu ikatan pengukuhan ummah dalam merealisasikan penghayatan konsep ukhuwah, kejiranan dan konsep jemaah dalam kehidupan seharian di samping diperkukuhkan dengan perlaksanaan sistem Islam. Bagi yang bukan Islam, perpaduan dapat dilakukan dengan penghayatan nilai-nilai insaniah universal yang dianjurkan oleh Islam dalam hubungan Muslim dengan non-Muslim.

Matlamat PBU

  1. Mempertingkatkan martabat rakyat Kelantan menjadi bangsa yang bermaruah, berkeperibadian nasional, berakhlak mulia , komited kepada wawasan dan kepimpinan negeri dan sentiasa berusaha kearah kecemerlangan
  2. Mempersiapkan rakyat supaya menunjangi dasar-dasar Islam ke arah pembangunan demi kesejahteraan umat.
  3. Membina rakyat menghadapi cabaran dan memperkasa keupayaan serta meningkatkan daya saing dalam segenap bidang kehidupan.
  4. Membina keupayaan rakyat Kelantan menangani kelemahan, meningkatkan keyakinan menerokai pembaharuan dan sekali gus mampu mengenal pasti dan mengembleng kekuatan ke arah kemajuan.
  5. Membina semangat patriotisme dan ketaatan yang tinggi terhadap perjuangan Islam dan negeri.
  6. Membina rakyat yang mempunyai daya kepimpinan yang berkualiti , berwawasan yang memiliki ketahanan fizikal, kekentalan mental dan spritual.

Objektif PBU

  1. Memupuk semangat Islam kepada semua lapisan masyarakat termasuk anggota komuniti institusi pendidikan, belia, pekerja awam dan swasta, anggota pertubuhan, serta pemimpin dan penggerak masyarakat
  2. Mewujudkan kumpulan kader dan sukarelawan PBU di seluruh melalui program latihan lanjutan 'task force' dan khidmat masyarakat
  3. Meningkatkan kualiti PBU melalui kegiatan penyelidikan.
  4. Menjalankan penyelidikan mengenai keberkesanan dasar-dasar kerajaan negeri dan kajian mengenai jurang kerenggangan antara kerajaan dan rakyat

Falsafah PBU

Program Bina Ummah (PBU) merupakan suatu gerakan massa untuk mewujudkan perubahan ke arah Membangun Bersama Islam dengan membentuk sikap rakyat Kelantan supaya ianya menjadi sebuah negeri yang maju , dinamik dan progresif selaras dengan kehendak kerajaan negeri. Oleh itu program ini akan menekankan proses pembinaan insan yang seimbang dengan membudayakan Islam sebagai suatu cara hidup  sekaligus terus berusaha meningkatkan taraf hidup dari segi politik, ekonomi dan sosial demi kesejahteraan diri, keluarga , organisasi, masyarakat, negeri dan negara.

Orang yang mengharapkan surga harus belajar untuk berbuat baik kepada sesama manusia
- Abu Bakar Ash-Shiddiq

10 Program Bina Ummah (PBU)

Yayasan Amanah Tok Kenali
Yayasan Amanah Tok Kenali
  • Syabab Point, Aras 1,
    Lot 261, Jalan Sultanah Zainab,
    Seksyen 15, 15050
    Kota Bharu Kelantan.
  • ytkkelantan@gmail.com
  • Tel : 09-7414993
  • Faks : 09-7414990
Yayasan Amanah Tok Kenali
  • Syabab Point, Aras 1,
    Lot 261, Jalan Sultanah Zainab,
    Seksyen 15, 15050
    Kota Bharu Kelantan.
  • ytkkelantan@gmail.com
  • Tel : 09-7414993
  • Faks : 09-7414990
× Perlukan Bantuan? Available from 08:00 to 17:00 Available on SundayMondayTuesdayWednesdayThursdayFridaySaturday