Peneraju Pembangunan Insan Negeri Kelantan
Peneraju Pembangunan Insan Negeri Kelantan
Sedekah ialah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
Surah At-Taubah : ayat 60
KELEBIHAN SEDEKAH UNTUK PARA DERMAWAN
1. Menambah Rezeki dan Kekayaan
Sabda Baginda:
Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.”
Hadis Riwayat Muslim, ad-Darimi dan Ahmad
Inilah kelebihan sedekah yang tidak ramai orang Islam yakin apabila ingin mengeluarkan sedekah. Bahkan ada yang merasai jika dia mengeluarkan hartanya pada jalan sedekah maka dia nak makan apa pada hari tersebut?
Jangan kita merasai sebegitu, tetapi yakinlah sedekah ini akan menambahkan lagi rezeki dan kekayaan.
2. Pahala yang berterusan sehingga kiamat
Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang sholeh yang memohonkan ampunan untuknya (Ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya.”
Pahala sedekah merupakan salah satu pahala yang tidak akan terputus sehingga hari kiamat.
3. Penderma akan dipanggil pada hari akhirat kelak melalui pintu sedekah
Diriwayatkan dalam satu hadia yang bermaksud:
“Muslim yang menginfakkan pasangannya kepada jalan Allah akan dipanggil oleh Allah di dalam syurga dengan panggilan “Abdullah”, ini adalah suatu kebaikan. Barangsiapa yang tergolong dalam kalangan orang yang menunaikan solat, ia akan di seru melalui pintu solat. Barangsiapa yang tergolong dalam kalangan orang yang mengeluarkan sedekah, ia akan di seru melalui pintu sedekah. Barangsiapa yang tergolong dalam kalangan orang yang keluar berjihad, ia akan di seru melalui pintu jihad. Barangsiapa yang tergolong dalam kalangan orang yang mengerjakan ibadat puasa, ia akan di seru melalui pintu ar-rayyan.”
4. Melapangkan dada dan membersihkan hati
Firman Allah SAW yang bermaksud :
“Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya). Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga)”
(Surah Al-Lail : 5-7)
Kelebihan sedekah juga ialah boleh melapangkan dada dan membersihkan segala kekotoran di dalam hati kita.
5. Mendapat Naungan Pada Hari Akhirat
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, maka ia menyembunyikan amalnya itu sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”
Hadis Riwayat Bukhari
Kesimpulannya, inilah 5 kelebihan sedekah untuk para dermawan. Namun untuk mendapatkan segala ganjaran daripada sedekah, kita mestilah niat memberikan sedekah hanya kerana Allah SWT, bukannya mengharapkan balasan daripada manusia.
Semoga mendapat manfaat daripada artikel 5 kelebihan sedekah ini.