Peneraju Pembangunan Insan Negeri Kelantan
Peneraju Pembangunan Insan Negeri Kelantan
Pasir Puteh, 12 Jun 2020 – Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Yang Berhormat Menteri di Kementerian Alam Sekitar dan Air telah mengadakan lawatan rasmi ke Jeram Mengaji Agro Resort di Pasir Puteh Kelantan.
Turut hadir YB Ustaz Haji Tuan Mohd Saripuddin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, Negeri Kelantan Darul Naim dalam lawatan ke Jeram Mengaji Agro Resort oleh YB Menteri.
Jeram Mengaji Agro Resort
Jeram Mengaji Agro Resort (JERAM) merupakan sebuah resort, pusat latihan dan laman rekreasi keluarga yang berkonsepkan Pelancongan Agro atau ‘Agro Tourism’.
Juga disebut oleh rakyat Kelantan dengan panggilan “Jeram Mengaji” atau “jere nngaji” merupakan suatu tempat pelancongan yang dijaga penuh oleh pihak pengurusan JERAM yang juga merupakan anak syarikat Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) Negeri Kelantan.
JERAM mengamalkan “Konsep Patuh Syariah’ yang menjalankan aktiviti sesuai dengan kehidupan yang “Bersih, Ceria dan Selamat”.
Semoga rakyat Kelantan khususnya dan seluruh rakyat Malaysia dapat menikmati kemudahan di Jeram Mengaji Agro Resort yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.